Tuesday 13 January 2009

PERJUANGAN INSAN

Assalamualaikum WBT.. Teman2, Sahabat2 sekalian.. walau dimana kalian berada.. Ingatlah kita tetap makhluk Tuhan Yang Maha Esa.. Walau Kuatnya Pengaruh Kalian, Walau Banyak Mana Sekalipun Harta Duniawi Kalian, Kalian Tetap Perlu Menyembah Tuhan Yang Maha Esa.. Hidup ini CUMA SEMENTARA WAKTU, ada yang dikurniakan Umur yang panjang, Ada yang dipinjamkan sekejap sahaja..Setiap insan ada bezanya, cuma yang sama, kita ini Hamba Yang Maha Esa..
Teman2.. Teman titipkan permulaan Blog teman dengan Ayat Suci Surah Al Asr yang membicarakan tentang masa, Teman bukanlah Ustaz yang layak untuk berbicara tentang hukum hakam dan sebagainya.. Tapi sebagai Khalifah dimuka Bumi, tidak dapat banyak, Sedikit dakwah pun mencukupi dari tidak ada langsung..

MASA.. pantas berlalu tanpa meminta izin sesiapa untuk bergerak, MASA.. Tidak ada sesiapa mampu menghalang, Waima Sekuat Mana kita sekalipun, itu lah MASA..

Teman baru sahaja membaca suratkhabar, sebak hati bila melihat penderitaan di Tebing Gaza, Orang Tua, kanak2, Ibu Mengandung, habis semua dibunuh.. Tidak ada tempat yang selamat di sana.. marilah kita bersama2 mendoakan Saudara kita disama mendapat pertolongan Yang Maha Esa.. Teman amat bersyukur, dilahirkan, Dibesarkan dan menjalani kehidupan teman di Bumi Malaya ini, AMAN DAMAI tanpa peperangan.. Sempat kesana sini tanpa gangguan, Sempat Berblog tanpa kekacauan.. ALHAMDULILLAH..

DEMI MASA.. INGATAN UNTUK KITA


DEMI MASA,SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN,MELAINKAN ORANG-ORANG YG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, SERTA SENTIASA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN..AL ASR